Wednesday, August 19, 2009

Isu Rohaizat Selesai

Menepati ramalan sebelum ini, PAS menggunakan serangan peribadi terhadap calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Permatang Pasir Rohaizat Othman.

Pengarah Pilihan Raya PAS DUN Permatang Pasir Datuk Mahfuz Omar dalam kempen awal parti itu cuba membangkitkan isu penggantungan lesen guaman Rohaizat oleh Majlis Peguam dan mengaitkkannya dengan moral calon BN itu.

Mengulas dakwaan tersebut, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Zainal Abidin Osman mengingatkan PAS agar mencermin diri dulu sebelum hendak bercakap soal moral. "PAS cari modal lainlah", kata beliau.

Katanya, tak perlulah pembangkang sebut soal moral Rohaizat kerana calon BN itu tidak lakukan sebarang kesalahan dalam isu syarikat guamannya.

Sebaliknya, kes itu membabitkan rakan kongsi beliau dah semua sudah selesai.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment