Wednesday, August 19, 2009

Ekonomi Durian Runtuh

Parlimen Permatang Pauh (Pkr) ada 3 Dun, - Seberang Jaya (Umno), Penanti (Pkr) dan Permatang Pasir (Pas).

Kita tahu dalam masa 16 bulan ini ada 4 kali pilihanraya di kaw Permatang Pauh ini. Satu dalam PRU ke12, kemudian PRK Permatang Pauh bulan Ogos tahun lepas, kemudian PRK Penanti dua bulan lalu, sekarang PRK Permatang Pasir.

Ini adalah satu rekod Dunia Demokrasi, ada 4 Pilihanraya dalam 16 bulan. Maknanya pilihanraya hidup setiap 4 bulan.

PRK Permatang Pauh dan Penanti diadakan sebab YB nya lari malam. Satu sebab nak bagi suami jadi wakil rakyat. Suami pulak dah gila talak nak jadi PM. Yang kedua sebab YB nya tak perform tapi dah beli BMW dan Mers cash dalam masa satu tahun. Dengarnya dia dah balun rapat projek kuari kat Penang. Pkr oh Pkr - pemimpin kaya raya, rakyat hidup melarat.

Yang Permatang Pasir ni genuine sebab dapat panggilan sakaratul maut.

Apa pun orang Permatang Pauh bertuah. Bertuah sebab bukti demokrasi subur di malaysia. Bertuah kerana buah buat duit instant masa pilihanraya. Ini ekonomi durian runtuh namanya.

No comments:

Post a Comment