Sunday, August 23, 2009

Permatang Pasir - Yusri penipu Besar


Yusri Isahak yang pernah menjadi rakan kongsi Rohaizat sah diupah untuk bercakap bagi pihak Pas.

Seperti yang disebut sebelum ini dia telah dibayar lebih RM300,000 oleh dua orang yang sangat rapat dengan raja Liwat anwar ibrahim. Aku dah dapat dokumen lengkap perjanjian jual beli tanah yang katakan menjadi isu.

Ternyata Yusri Isahak telah menjadi peguam yang terlibat dalam perjanjian dokumen tersebut. Ini jelas dapat dilihat apabila Yusri yang menjadi saksi kepada perjanjian itu.

Dia balun rapat rohaizat kawan yang pernah jaga periuk nasi nya. Pas akan guna segala tipu helah, fitnah dan dakyah politik untuk menang dalam pilihanya kecil permatang pasir.

Saturday, August 22, 2009

Yahudi SEMBAH Tok Guru

Dalam ayat 31 surah At Taubah, Allah menjelaskan bahawa pengikut Yahudi dan Nasrani telah menyembah pendeta dan ketua-ketua agama mereka selain daripada Allah :

" Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan."

Selain dari itu ada Hadis Rasulallah :
" Pernah ‘Adi bin Hatim bertanya Rasulallah tentang ayat ini, katanya, kami tidak pernah menyembah para pendeta dan tok-tok guru kami , Rasulallah menjawab tidak kah pendeta atau ahli agama kamu mengeluarkan hukum bercanggah dengan hukum Allah lalu kamu mengikutnya. ‘Adi menjawab , ya begitu. Nabi bersabda lagi itulah yang dikatakan oleh Allah, kamu menyembah pendeta dan guru-guru kamu."

Berdasarkan kepada dalil ini jelas bahawa penyokong Pas telah menjadikan Nik Aziz sebagai Tuhan selain daripada Allah.

Justeru itu bertaubat lah dan kembali lah kepada Islam yang sebenarnya berdasarkan AlQuran dan Hadis, Ijma ulamak dan Qias.

Sahabat Pas Balun Semua

Kita pernah mendengar kisah seorang sahabat Pas yang menjadi raja Liwat. Dia jadi raja Liwat kerana yang dia liwat bukan seorang tapi ramai. Antaranya adalah cerita sukma, meor, rashid dan saiful.

Kisah terbaru sahabat Pas adalah mengenai siapa bapa kepada anak yang di kandung oleh Tunang Teo Beng Hock yang mati bunuh diri di Shah Alam. Maknanya anak haram yang dikandung oleh Tunang Teo ni siapa punya? Adakah Teo punya atau Ean Yong punya. Ean Yong adalah boss Teo, dia adalah Exco Kerajaan Negeri Selangor.

Seperti yang di tulis oleh sahabat bloggers Unspinners :
'Polis perlu siasat samada bayi itu kepunyaan Teoh atau Ean Yong untuk memastikan tiada sangsi dan wah sangka seperti juga tuduhan konspirasi yang dilakukan oleh Malaysia Today dan mungkin sekali surat misteri. Jika bayi itu bukan anak Teoh, maka ini memungkinkan Teoh hadapai tekanan dan ianya dilakukan oleh Tan Boon Hwa'
Terima kasih kepada Unspinners.blogspot.com yang membongkar kisah atas katil ini.

Menarik-menarik, begini lah tabiat sahabat-sahabat Pas. Seorang kaki balun bontot, seorang lagi real balun sampai termengandung, tunang orang pulak tuh.

Pas untuk semua. Sahabat Pas balun semua.

Rasuah dan Penyelewengan wang masjid

Terkini dari Permatang Pasir, seorang imam dan tok siak masjid kawasan Permatang Pasir mendedahkan perilaku buruk pemimpin Pas cawangan yang 'merampas' dan menggunakan duit sumbangan orang ramai untuk tujuan parti.

Duit yang diambil dari kariah masjid tersebut belum sempat dihitung jumlahnya 'dirampas' dengan alasan bahawa masjid itu adalah tertakluk dibawah Pas, dan duit sumbangan orang ramai 'wajib' digunakan untuk aktiviti2 parti.

Perkara ini disahkan sendiri oleh kariah masjid tersebut dan ianya diberitahu bermula dari tahun 2005 hinggalah sekarang tanpa ada sebarang bantahan dari pihak atasan Pas walaupun aduan telah dibuat.

Lihatlah betapa 'korup' nya mentaliti pemimpin2 Pas yang 'menyeleweng derma sumbangan orang ramai yang sepatutnya digunakan untuk menjalankan aktiviti memakmurkan masjid. Mereka lebih mengutamakan kepentingan sendiri tanpa ada 'belas kasihan' walaupun bertentangan dengan batas ugama.

Orang ramai yang memberikan sumbangan kepada masjid tersebut pastinya mengharapkan wang mereka digunakan sebaiknya tanpa menyedari sebenarnya wang mereka telah 'disonglap' oleh manusia-manusia rakus yang bertopengkan ugama didalam parti Pas.

Nyata pemimpin2 Pas menjuarai anugerah pelakon wayang terhebat apabila sanggup berselindung di balik topeng agama demi melaksanakan agenda peribadi. Manusia-manusia seperti ini sebenarnya menyembunyikan 'tanduk' disebalik serban besar dan melindungi 'ekor' di dalam jubah labuh mereka.

Mungkin inilah yang dimaksudkan oleh Nik Aziz bahawa syaitan pun sanggup dijadikan sahabat. Doa Nik Aziz telah dimakbulkan Allah dengan menzahirkan banyak 'syaitan2' yang menyamar sebagai manusia alim didalam parti Pas.

Lihat sahaja calon Pas di Permatang Pasir. Banyak salahlaku moralnya yang 'ditutup' rapat oleh pihak atasan Pas sendiri. Mereka seolah2 menghalalkan setiap salah laku yang dilakukan oleh calon pilihan mereka demi meneruskan aktiviti penipuan terhadap masyarakat kampung. Mereka berlakon dan berlagak 'alim kucing' tanpa menyedari 'tembelang' mereka semakin jelas terdedah.

Masyarakat di Permatang Pasir telah sedar kebobrokan pengkhianat agama ini dan akan menjatuhkan hukuman pada 25hb ini. Masyarakat di Permatang Pasir juga akan bangkit dari penyelewengan durjana2 politik parti Pas yang telah 'menipu' mereka selama 3 penggal.

Pas akan 'dibogel' dan 'dimalukan' di kubu kuat mereka sendiri. Nantikanlah kebangkitan rakyat yang telah lama ditindas oleh Pas di Permatang Pasir.

Terima kasih atas siasatan pusakaayahnda.blogspot.com/

Friday, August 21, 2009

SALE - TAWARAN SYURGA

Rupa-rupanya orang Yahudi dan Nasrani pun juga menawar syurga kepada sesiapa yang menganut agama mereka, sebagaimana firman Allah ayat 111 surah Al Baqarah yang bermaksud :

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata, tidak akan masuk syurga kecuali mereka yang menganut agama Yahudi atau Nasrani. Demikianlah anggapan mereka, kalau begitu sila lahirkan dalil-dalil yang menandakan kamu boleh masuk syurga kalau benar dakwaan kamu”

Penyanyi Alleycats yang beragama Hindu pun juga pernah menyanyi untuk beliau “ tunggu di pintu syurga”.

Tidak menghairankan lah jika Nik Aziz pun juga menawarkan syurga kepada pengikutnya.

Amat malanglah kepada penyokong Umno kerana telah disahkan oleh Nik Aziz yang mereka akan masuk neraka. Demikian juga apakah nasib ulamak-ulamak Islam dahulu atau negara-negara yang tidak ada parti Pas sudah tentu akan juga masuk neraka mengikut anggapan Nik Aziz.

Pendek kata mulai sekarang penyokong-penyokong Pas boleh menyemak dengan Nik Aziz status masing-masing didalam syurga manakah yang akan mereka perolehi nanti.

Alahai Nik Aziz-Tukang Putar Belit Agama

Nik Aziz semakin tua dan nyanyuk. Dia layak juga digelar sebagai tukang putar belit agama. Perhatikan kenyataan nya yang menghina Islam demi kepentingan politik. Dia boleh membuatkan ahli Pas tergelincir dari aqidah Islam.

Jelas kenyataannya banyak yang mengelirukan dan membahayakan Islam. Islam dipermainkan, diperolokkan dan dipertontonkan sebagai barang dagangan untuk kepentingan politik nya. :

1. "PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

2. "Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

3. "Tidak ada orang yg berhak menjaga dunia ini, kecuali org yg belajar ilmu agama Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 17 April 1995.

4. "Tiada sesiapa di muka bumi ini yg tahu menjaga dunia termasuk menguruskan soal budaya, ekonomi serta harta benda, melainkan ulama'." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

5. "Saya di antara org yg cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam." - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

6. "PAS blh terima pemimpin DAP jd PM, tdk ada apa, asalkan dia terima syarat yang ditetapkan oleh Barisan Alternatif." - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 6 November 1999.

7. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana blh menyebabkan sembahyang tidak sah." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

8. "Tafsiran negara Islam yg dikehendaki oleh PAS sebenarnya sudah terkandung dalam Manifesto Barisan Alternatif (BA) yg dikemukakan pada pilihanraya yang ke-10 itu." - Nik Aziz Nik Mat, Harakah 1-15 Ogos 2001.

Yusri yang raya Sakan

Malam tadi seperti yang dijangka bekas rakan kongsi Rohaizat menaiki pentas ceramah Pas di Permatang Pasir. Dia diberikan kawalan ketat oleh 10 orang body guard yang pernah menjag Azmin ali suatu ketika dulu. Tahniah kepada Yusri yang mengaku dirinya yang melakukan kepincangan didalam firma guaman mereka.

Aku bersyukur kerana sekurang-kurangnya Yusri berduit sekarang, tambah pulak masa pilihanraya kecil ini. Ada yang melapurkan dia menerima tidak kurang dari RM 300,000 kalau sanggup naik pentas Pas dan membuat cerita mengenai Rohaizat. Difahamkan seorang YB Pkr sanggup sponsor separuh dari amaun itu manakala separuh lagi telah dijanjikan oleh seorang tauke dari tanah pulau.

Begitu lah hebatnya connection Pas dalam memastikan kerusi yang harus dipertahankan demi menebus maruah manek urai. Malam tadi Yusri di Kubang semang, khabarnya malam ini dan malam seterusnya dia akan naik dua pentas setiap malam. Raya sakan lah Yusri menyambut syawal tahun ini.