Friday, August 21, 2009

SALE - TAWARAN SYURGA

Rupa-rupanya orang Yahudi dan Nasrani pun juga menawar syurga kepada sesiapa yang menganut agama mereka, sebagaimana firman Allah ayat 111 surah Al Baqarah yang bermaksud :

“ Orang-orang Yahudi dan Nasrani berkata, tidak akan masuk syurga kecuali mereka yang menganut agama Yahudi atau Nasrani. Demikianlah anggapan mereka, kalau begitu sila lahirkan dalil-dalil yang menandakan kamu boleh masuk syurga kalau benar dakwaan kamu”

Penyanyi Alleycats yang beragama Hindu pun juga pernah menyanyi untuk beliau “ tunggu di pintu syurga”.

Tidak menghairankan lah jika Nik Aziz pun juga menawarkan syurga kepada pengikutnya.

Amat malanglah kepada penyokong Umno kerana telah disahkan oleh Nik Aziz yang mereka akan masuk neraka. Demikian juga apakah nasib ulamak-ulamak Islam dahulu atau negara-negara yang tidak ada parti Pas sudah tentu akan juga masuk neraka mengikut anggapan Nik Aziz.

Pendek kata mulai sekarang penyokong-penyokong Pas boleh menyemak dengan Nik Aziz status masing-masing didalam syurga manakah yang akan mereka perolehi nanti.

No comments:

Post a Comment