Saturday, August 22, 2009

Yahudi SEMBAH Tok Guru

Dalam ayat 31 surah At Taubah, Allah menjelaskan bahawa pengikut Yahudi dan Nasrani telah menyembah pendeta dan ketua-ketua agama mereka selain daripada Allah :

" Mereka menjadikan pendita-pendita dan ahli-ahli ugama mereka sebagai pendidik-pendidik selain dari Allah, dan juga (mereka mempertuhankan) Al-Masih ibni Maryam, padahal mereka tidak diperintahkan melainkan untuk menyembah Tuhan Yang Maha Esa tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia. Maha Suci Allah dari apa yang mereka sekutukan."

Selain dari itu ada Hadis Rasulallah :
" Pernah ‘Adi bin Hatim bertanya Rasulallah tentang ayat ini, katanya, kami tidak pernah menyembah para pendeta dan tok-tok guru kami , Rasulallah menjawab tidak kah pendeta atau ahli agama kamu mengeluarkan hukum bercanggah dengan hukum Allah lalu kamu mengikutnya. ‘Adi menjawab , ya begitu. Nabi bersabda lagi itulah yang dikatakan oleh Allah, kamu menyembah pendeta dan guru-guru kamu."

Berdasarkan kepada dalil ini jelas bahawa penyokong Pas telah menjadikan Nik Aziz sebagai Tuhan selain daripada Allah.

Justeru itu bertaubat lah dan kembali lah kepada Islam yang sebenarnya berdasarkan AlQuran dan Hadis, Ijma ulamak dan Qias.

No comments:

Post a Comment